Lima ADUN Perak diperkenan angkat sumpah Exco

Saarani pada sidang akhbar selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-14 hari ini.
Saarani pada sidang akhbar selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-14 hari ini.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, beliau telah menyembah maklum cadangan senarai itu kepada baginda Sultan pagi tadi bagi menyegerakan penubuhan kerajaan untuk membolehkan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan.

"Oleh kerana masa yang agak suntuk, maka sebuah kerajaan terlebih dahulu perlu ditubuhkan.

"Mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri memerlukan sekurang-kurangnya seorang Menteri Besar dan empat Exco yang dilantik.