X

Kindly register in order to view this article
!

Masyarakat perlu terima OKU seadanya

SAFRI MUHAMMAD ZEIN
A
A

SHAH ALAM - Masyarakat di luar sana dinasihatkan agar tidak memandang golongan orang kurang upaya (OKU) dengan kekurangan mereka sebaliknya raikan dan terima golongan itu seadanya.

Ketua Bahagian Penyelidikan, Pembangunan & Kawalan Kualiti Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF), Ustaz Safri Muhammad Zein berkata, sebagai umat Islam kita perlu sedar bahawa setiap makhluk yang diciptakan ALLAH SWT ada keistimewaan tersendiri.

Menurutnya, walau siapa pun mereka tetapi jika mereka berbuat kebaikan nescaya ia tetap sama di sisi ALLAH SWT.

"Mereka OKU dan mereka berbuat kebaikan ganjarannya adalah syurga dan ALLAH SWT memuliakan mereka sama seperti individu normal.

"Suka saya nyatakan di sini, ibu ayah yang memiliki anak OKU akan dicatat amalnya begitu juga masyarakat yang memuliakan golongan OKU.

"Jangan pandang mereka dengan pandangan yang buruk sebaliknya bantu mereka dengan wujudkan peluang pekerjaan supaya mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup," katanya.

Safri yang juga bapa kepada seorang anak OKU berkata, anggaplah segala kurniaan ALLAH SWT kepada hamba-Nya sebagai rezeki dan hikmah.

"Semua dalam kalangan kita diuji dengan ujian yang pelbagai yang pada akhirnya kita akan menghargai apa yang ALLAH SWT berikan," katanya.

Beliau berkata, ALLAH SWT memuliakan setiap makhluk walau bagaimana keadaan fizikal mereka kerana di sisi ALLAH SWT mereka adalah ciptaan yang mulia.

"Ertinya apabila mereka melakukan kebaikan, ALLAH tetap memberikan mereka syurga.

"Kemuliaan bagi sesorang tidak dipandang daripada segi fizikal dan kemampuan mereka. Apa pun fizikal mereka ALLAH tetap juga memuliakan.

"Semua orang berhak untuk mendapat kemuliaan daripada ALLAH SWT dengan melaksanakan tugas sewajarnya mengikut kepada kekuatan masing-masing," kata beliau.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!