45 karton rokok seludup di rampas

Rokok seludup yang dirampas oleh polis di IPD Rembau semalam. Gambar kecil: ANUAR BAKRI
Rokok seludup yang dirampas oleh polis di IPD Rembau semalam. Gambar kecil: ANUAR BAKRI
A
A
A

REMBAU - Polis berjaya merampas 45 karton rokok seludup dalam serbuan di sebuah premis di Kota, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, sepasukan anggota Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau melakukan serbuan tersebut, setelah beberapa risikan dilakukan hasil maklumat yang diterima.

"Hasil serbuan dan pemeriksaan, polis menjumpai 45 karton rokok pelbagai jenis dipercayai rokok seludup yang disimpan di bawah kaunter bayaran.

"Kesemua rokok telah dirampas dan seorang lelaki warga tempatan yang merupakan penjaga premis terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Anuar Bakri berkata, kes disiasat di bawah seksyen 135 Akta Kastam 1967.

"Jika disabitkan kesalahan suspek boleh dihukum denda tidak kurang 10 ganda nilai atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) sehingga tidak lebih daripada 20 ganda nilai atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Kita sangat mengalu-alukan maklumat dari orang awam untuk sama-sama membanteras kegiatan ini dan jika ada sebarang maklumat boleh salurkan kepada Pusat Kawalan IPD Rembau di talian 06-6851999," katanya.

Artikel Berkaitan: