Pelan pembangunan usaha untuk tunai aku janji PRN Sabah

ABDUL AZIZ JULKARNAIN
ABDUL AZIZ JULKARNAIN
A
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah diyakini akan berusaha menunaikan setiap aku janji yang dibuat ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu.

Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain berkata, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini sedang merangka strategi pembangunan lima tahun untuk memulihkan ekonomi negeri dan mempromosikan kesejahteraan sosioekonomi untuk rakyat.

"Pelan Pembangunan Strategik baharu yang bertemakan 'Sabah Maju Jaya' akan dilancarkan menerusi kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor akan menggariskan pendekatan yang realistik dan komprehensif untuk negeri ini.

"Pengumuman pelan ini tepat pada masanya di mana rakyat sedang menilai dan melihat prestasi 100 hari Kerajaan GRS dan hala tujunya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pelan pembangunan yang akan dilancarkan kerajaan negeri dalam masa terdekat.

Abdul Aziz berkata, ini adalah antara usaha kerajaan di bawah GRS menunaikan janji pada PRN lalu.

"Saya yakin kerajaan ini juga akan berusaha untuk menunaikan setiap aku janji pilihan raya yang telah diumumkan dalam PRN lalu," katanya.

Terdahulu, Hajiji memaklumkan pelan pembangunan itu akan mengambil kira pandangan serta input daripada pihak berkepentingan dan ia adalah satu pelan realistik dan menyeluruh bagi merancakkan ekonomi serta meningkatkan kebajikan rakyat.

Artikel Berkaitan: