Kita semua perlu jadi seperti Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew gigih membantu golongan yang susah tanpa mengira kaum.
Ustaz Ebit Lew gigih membantu golongan yang susah tanpa mengira kaum.
A
A
A

MERAK JALANAN memang angkat topi dengan selebriti laman sosial dan pendakwah bebas, Ebit Lew yang begitu bersungguh-sungguh untuk membantu sesiapa sahaja yang mengalami kesusahan.

Jika ada lebih ramai insan berhati mulia seperti beliau, maka lebih ramai orang yang berhadapan dengan masalah akan dapat dibantu dan negara kita akan menjadi sebuah negara yang penuh dengan kasih sayang.

Tidak dinafikan sebenarnya memang ramai insan-insan yang berhati mulia seperti Ebit Lew yang membantu orang ramai tetapi apa yang mereka lakukan itu tidak dilihat orang atau dilaporkan di media sosial secara meluas.

Bagaimanapun, kehadiran Ebit Lew memang menjadi contoh kepada kita semua untuk bersama-sama berbuat kebajikan.

Mengambil kisah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Saad bin Abi Waqqas yang juga bapa saudara kepada Rasulullah, beliau berasal dari Bani Zuhrah suku Quraisy.

Beliau dikenali sebagai pemuda cerdik dan kaya raya. Walaupun Sa'ad seorang bangsawan, beliau sangat membenci cara masyarakat pada ketika itu yang menyembah berhala. Saad memeluk Islam selepas bertemu dengan Nabi Muhammad.

Menjadi sahabat Rasulullah dan memiliki banyak harta, tidak membuat Sa'ad sombong. Bahkan beliau seorang yang dermawan dan sering menggunakan hartanya untuk tujuan berdakwah.

Ini antara perkara yang perlu menjadi pedoman dalam kehidupan kita. Lebih banyak kita memberi kepada orang lain, maka lebih banyak rezeki lain yang akan kita dapat.

Artikel Berkaitan:

Untuk berbuat kebaikan tidak memerlukan kita ada harta dan wang yang banyak, walaupun sedekah yang kita berikan cuma bernilai RM1 tetapi perbuatan ini sudah dianggap baik asalkan kita ikhlas.