Covid-19: Pejabat KSWP Johor Bahru ditutup sementara


Pejabat KWSP di Jalan Dato Dalam, Bandaraya Johor Bahru ditutup sementara bermula hari ini bagi membolehkan kerja-kerja disinfeksi dan sanitasi dilakukan.
Pejabat KWSP di Jalan Dato Dalam, Bandaraya Johor Bahru ditutup sementara bermula hari ini bagi membolehkan kerja-kerja disinfeksi dan sanitasi dilakukan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Johor Bahru di Jalan Dato Dalam di bandar raya ini ditutup sementara akibat Covid-19 bermula hari ini sehingga dimaklumkan kelak.

KWSP Johor dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penutupan tersebut selepas mendapat arahan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya pihak pengurusan premis menjalankan proses disinfeksi dan sanitasi.

"Ahli-ahli yang telah membuat janji temu pada hari ini dan dalam tempoh terdekat dinasihatkan untuk menjadualkan semula urusan mereka melalui Janji Temu Online.

"Ahli juga boleh ke mana-mana cawangan KWSP sekitar Johor yang masih beroperasi seperti biasa atau lakukan transaksi bagi perkhidmatan tertentu secara dalam talian melalui i-Akaun," katanya.

Katanya, KWSP Johor mengingatkan orang ramai agar mengamalkan langkah-langkah pencegahan Covid-19.

Artikel Berkaitan: