Muhyiddin hadir sidang DUN Johor

Muhyiddin hadir sidang DUN Johor di Kota Iskandar hari ini.- Foto ihsan Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor
Muhyiddin hadir sidang DUN Johor di Kota Iskandar hari ini.- Foto ihsan Unit Media dan Komunikasi Pejabat Menteri Besar Johor
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-14 di Kota Iskandar di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir tiba kira-kira jam 11.20 pagi dan disambut Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.

Beliau seterusnya memasuki dewan dan duduk di kerusi yang terletak di barisan kedua iaitu di belakang Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.

Kedudukan Muhyiddin juga terletak di sebelah dua bekas Menteri Besar iaitu Datuk Osman Sapian (Bersatu-Kempas) dan Datuk Dr Sahruddin Jamal (Bersatu-Bukit Kepong).

Mengikut jadual, hari ini merupakan hari terakhir Persidangan DUN Johor ke-14 berlangsung dengan penggulungan perbahasan Belanjawan Johor 2021 yang bertemakan Berdaya Tahan Demi Kemakmuran.

Sesi pengundian Belanjawan Johor 2021 juga bakal berlangsung dalam Persidangan DUN Johor hari ini di mana 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menentukan belanjawan tersebut diluluskan atau sebaliknya.

Ia sekali gus menjadi penentu kepada kedudukan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berikutan Perikatan Nasional (PN) dibezakan hanya satu kerusi dengan pembangkang Pakatan Harapan (PH) iaitu PN 29 kerusi dan PH 27 kerusi.

Selain itu, perkembangan politik yang berlaku di Perak pada Jumaat lalu, menyaksikan Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti ADUN termasuk wakil rakyat UMNO sendiri turut dilihat akan mempengaruhi sidang DUN hari ini.

Artikel Berkaitan:

Pada 26 November lalu, kerajaan negeri telah membentangkan Belanjawan Johor 2021 yang merupakan belanjawan defisit berjumlah RM248.14 juta dan akan melaksanakan 12 Agenda Utama yang digariskan dalam belanjawan itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Sidang DUN Johor hari ini dijangka panas