Sidang DUN Johor hari ini dijangka panas

Kedudukan Hasni sebagai Menteri Besar Johor antara yang menjadi tumpuan pada Persidangan DUN Johor hari ini.
Kedudukan Hasni sebagai Menteri Besar Johor antara yang menjadi tumpuan pada Persidangan DUN Johor hari ini.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini dijangka menjadi tumpuan susulan pelbagai spekulasi termasuk kedudukan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berikutan cadangan undi percaya yang berkemungkinan bakal diusulkan.

Spekulasi ini tercetus berikutan perkembangan politik yang berlaku di Perak ekoran Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk wakil rakyat UMNO sendiri Jumaat lalu.

Menghangatkan spekulasi hari ini apabila ADUN Simpang Jeram yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub semalam mencadangkan ADUN UMNO Johor mengemukakan usul undi percaya kepada kepimpinan Hasni pada Persidangan DUN Johor hari ini.

Selain itu, ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian dilaporkan turut membayangkan situasi di Perak mungkin boleh juga berlaku di Johor iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) boleh membalas dendam terhadap Hasni dari UMNO.

Kedudukan Hasni sebagai Menteri Besar sama ada tergugat atau sebaliknya akan ditentukan menerusi pengundian Belanjawan Johor 2021 yang akan berlangsung dalam Persidangan DUN Johor hari ini.

Pada masa ini DUN Johor memiliki 56 kerusi iaitu Perikatan Nasional (PN) menguasai 29 kerusi manakala pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) 27 kerusi DUN.

Daripada 29 kerusi PN itu, 14 dimiliki UMNO, Bersatu (12), MIC (2) dan Pas (1) manakala PH mempunyai 14 kerusi dimiliki DAP, Amanah (14) dan dan PKR (4).

ARTIKEL BERKAITAN: MB Perak hilang sokongan majoriti

Ahmad Faizal umum letak jawatan MB Perak

Artikel Berkaitan: