Undi tak sampai 112, PN tetap kerajaan yang sah

Keputusan pengundian belanjawan peringkat jawatankuasa pada Isnin lalu.
Keputusan pengundian belanjawan peringkat jawatankuasa pada Isnin lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Pakar perlembagaan menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk adalah kerajaan yang sah memandangkan lantikan Perdana Menteri dibuat atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Pensyarah Undang-Undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar mengulas berhubung dakwaan sebilangan ahli Parlimen pembangkang yang memuat naik komen di Twitter berhubung kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak sah.

Pembangkang mula 'menjual' pendapat itu selepas beberapa Belanjawan 2021 kementerian peringkat jawatankuasa diluluskan dengan hanya sekadar mendapat 105 undi iaitu tidak sampai 112 majoriti mudah memandangkan jumlah kerusi Parlimen ketika ini 220 kerusi.

Khairil Azmin
Khairil Azmin

Menurut Khairil, kerajaan PN mendapat banyak sokongan berbanding parti lain, maka kita lihat berdasarkan pada parti, maka ahli daripada parti berkenaan adalah yang paling ramai di dewan.

"Jadi mereka (pembangkang) tidak boleh buat konklusi jika tidak cukup undian dan tidak sampai majoriti maka kerajaan mesti ditukar.

"Kalau ahli Parlimen yang menyokong PN tak dapat datang sebab masalah kuarantin dan sebagainya, jumlah sokongan pada kerajaan PN masih lebih dari 105," katanya.

Artikel Berkaitan:

Antara kenyataan pembangkang di Twitter.
Antara kenyataan pembangkang di Twitter.

Menurut beliau lagi, walaupun mungkin kerajaan tidak mendapat sokongan majoriti 112 undi namun ia merupakan sokongan terbanyak dan lebih separuh daripada pembangkang pada ketika undi belah bahagian tersebut dilakukan.

Sementara itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, undian bagi undang-undang perbekalan yang dibuat tidak harus dipertikaikan.

Haniff Khatri
Haniff Khatri

Undian berkenaan yang dilakukan di peringkat jawatankuasa dan ia tidaklah perlu diambil soal berkaitan legitimasi kerajaan kerana ia cuma bagi tujuan meminda peruntukkan Bajet 2021 dalam setiap kementerian sama ada ia dipersetujui oleh semua ahli Parlimen atau sebaliknya.