'Kejatuhan PN Perak satu kemenangan'

Kor Ming (duduk, tengah) bersama semua ADUN Pembangkang ketika sidang media di Pejabat DAP Perak hari ini.
Kor Ming (duduk, tengah) bersama semua ADUN Pembangkang ketika sidang media di Pejabat DAP Perak hari ini.
A
A
A

IPOH - Pakatan Harapan (PH) Perak menganggap kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak melalui usul undi percaya terharap Menteri Besar Perak sebagai kemenangan sistem demokrasi.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, usul itu dibuat dengan penuh aturan seperti yang termaktub dalam sistem demokrasi berparlimen.

Menurutnya, usul undi percaya tersebut mendapat penolakan besar daripada 48 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk 24 ADUN pembangkang berbanding 10 ADUN yang menyokong.

"Maka memandangkan sekarang kerajaan PN telah runtuh, saya menyeru semua pihak, seluruh rakyat negeri khususnya dan rakyat Malaysia untuk kekal bertenang. Segalanya akan diaturkan mengikut lunas undang-undang dan prinsip Perlembagaan Persekutuan.

"Perbincangan akan diadakan supaya kerajaan baharu akan dibentuk secara teratur mengikut prinsip demokarsi dan juga fasa seperti mana termaktub dalam undang-undang," katanya yang juga ADUN Aulong ketika mengadakan sidang akhbar di sini hari ini.

Sidang media itu turut disertai semua ADUN Pembangkang daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah).

ARTIKEL BERKAITAN: Saya terima dengan reda: MB Perak

Sementara itu, Naib Pengerusi PKR Perak, Tan Kar Hing berkata, situasi yang berlaku di dalam DUN Perak hari ini membuktikan kerajaan PN Perak merupakan satu gabungan rapuh.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pembangkang kekal sepakat menolak usul undi percaya itu manakala selebihnya undi daripada ADUN kerajaan.