PRN Melaka: PH umum 21 calon, Adly Zahari ketuai senarai


MELAKA – Pakatan Harapan (PH) mengumumkan 21 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini, diketuai Pengerusi PH Melaka, Datuk Seri Adly Zahari.
Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan menyaksikan Amanah bertanding di lima kerusi, DAP (tujuh) dan PKR (sembilan).
Antara calon PKR yang diketengahkan ialah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tangga Batu, Farzana Hayani Mohd Nasir; serta Ketua Penerangan Wanita PKR Pusat, Datuk Ginie Lim.
Berikut senarai penuh calon PH bagi PRN Melaka:
1. Kuala Linggi – Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah
2. Tanjung Bidara – Mohd Yunazri Mustamiri
3. Rembia – Mohd Khuzairie Mohd Kamal Kannan
4. Gadek – Jegasilan K.
5. Bukit Katil – Datuk Seri Adly Zahari
6. Machap Jaya – Datuk Ginie Lim Siew Lin
7. Durian Tunggal – Datuk Ashraf Mukhlis Minghat
8. Asahan – P Denesh
9. Paya Rumput – Datuk Azman Abidin
10. Klebang – Farzana Hayani Mohd Nasir
11. Pengkalan Batu – Jason Tze-Xi Nathan
12. Ayer Keroh – Kerk Chee Yee
13. Ayer Molek – Muhammad Hakimin Mokhtar
14. Kesidang – Seah Shoo Chin
15. Kota Laksamana – Low Chee Leong
16. Duyong – Poo Long Suan
17. Bandar Hilir – Leng Chau Yen
18. Telok Mas – Kapten (B) Mohamad Jaafar
19. Rim – Esma Eazreen Husin
20. Serkam – Muhammad Faiq Azman
21. Merlimau – Rahayu Hamzah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
