X

Kindly register in order to view this article
!

Trump timbang bertanding lagi pilihan raya Presiden

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menimbang untuk bertanding dalam pilihan raya Presiden AS pada tahun 2024. - Foto AFP
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sedang memikirkan untuk bertanding sekali lagi dalam pilihan raya Presiden negara itu selepas kalah kepada bekas Naib Presiden AS, Joe Biden pada 3 November lalu.

Enggan mengaku kalah, peguam-peguam Trump, 74, dan para penyokongnya masih terus memfailkan tuntutan undang-undang semalam malah mendesak undang-undang tentera diperkenalkan bagi memaksa satu undian baharu dilakukan.

Presiden AS itu juga menyiarkan satu rakaman video selama 46 minit yang mendakwa kemenangan Biden telah diatur dalam pilihan raya Presiden AS.

Namun, dalam satu parti Krismas di Rumah Putih pada Selasa lalu, Trump berkata, beliau kemungkinan telah kalah dalam perjuangannya tetapi tidak akan berhenti hanya sebagai seorang Presiden AS untuk satu penggal sahaja.

"Ia sesuatu yang mengagumkan selama empat tahun. Kita sedang cuba untuk melakukan empat tahun lagi,. Lagi pun, saya akan jumpa anda dalam tempoh empat tahun," katanya yang merupakan anggota parti Republikan kepada para tetamu.

ARTIKEL BERKAITAN: Trump kalah lagi

Trump masih enggan mengaku kalah

Detik-detik terakhir ketika Trump kalah

Komen itu menunjukkan usaha beliau selama sebulan untuk menafikan kekalahan Biden daripada parti Demokrat telah menemui kegagalan.

Semua enam buah negeri telah mengiktiraf keputusan pengiraan undi dan undian kebangsaan menunjukkan Biden mendahului hampir tujuh juta undi berbanding Trump dalam pilihan raya tersebut.

Pada Selasa lalu, Peguam Negara, Bill Barr mengisytiharkan bahawa Jabatan Keadilan AS (DOJ) mendapati tidak ada bukti yang kukuh berlakunya penipuan dalam pilihan raya tersebut.

Dalam pada itu, Biden meneruskan persediaan untuk mengambil alih pentadbiran Rumah Putih dengan memberitahu akhbar New York Times dalam satu temu ramah tentang bagaimana beliau merancang untuk memulihkan ekonomi.

"Saya mahu memastikan kami akan berjuang dengan sedaya upaya dengan melabur di Amerika dahulu," katanya yang mengangkat sumpah jawatan Presiden pada 20 Januari tahun depan.

Trump masih enggan mengaku kalah secara terbuka dalam pilihan raya Presiden AS yang menyaksikan beliau hanya mentadbir selama satu penggal sahaja.

Beliau dikatakan mengehadkan kemunculan awamnya dan mengadakan beberapa mesyuarat rasmi selain membuat kenyataan di Twitter tentang dakwaan penipuan undi dalam pilihan raya Presiden AS.

Bagaimanapun, menurut laporan media, beliau sedang melakukan persediaan untuk keluar dari Rumah Putih dan mengadakan perbincangan bagi membuat pengampunan awal untuk anaknya iaitu Don Jr, Eric, Ivanka, Jared Kushnern dan peguam peribadinya, Rudy Giuliani jika mereka melakukan salah laku semasa pentabiran Trump.

Semalam, beliau menyiarkan ucapan rasmi di Twitter mengenai pilihan raya Presiden AS.

"Ini kemungkinan ucapan paling penting yang pernah saya buat," katanya.

Beliau menyatakan tentang dakwaan mengenai pilihan raya itu dengan berkata, Demokrat menggunakan krisis pandemik Covid-19 untuk memaksa pengundi menggunakan undi pos yang beliau dakwa dimanipulasi untuk memberi kemenangan kepada Biden.

"Pilihan raya ini telah diatur. Semua orang tahu mengenainya," ujarnya. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!