X

Kindly register in order to view this article
!

Trump masih enggan mengaku kalah

Trump beri petunjuk bahawa beliau enggan mengaku kalah kepada bekas Naib Presiden negara itu, Joe Biden dalam pilihan raya Presiden ketika diwawancara oleh stesen televisyen Fox News semalam. - AFP
A
A

WASHINGTON - Dalam satu temu ramah pertama dengan stesen televisyen Fox selepas kalah dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), Presiden Donald Trump semalam memberi petunjuk bahawa beliau tidak akan mengaku kalah kepada pencabarnya, Joe Biden daripada parti Demokrat.

Dalam temu ramah selama 45 minit itu, Trump daripada parti Republikan yang diwawancara selepas pilihan raya Presiden diadakan pada 3 November lalu mengulangi semula dakwaan berlakunya penipuan undi dalam bahawa pilihan raya tersebut.

"Ia tidak seperti anda mahu mengubah pemikiran anda, Pemikiran saya tidak akan berubah dalam tempoh enam bulan.

"Pilihan raya ini adalah tipu sepenuhnya. Kami menang pilihan raya itu dengan mudah," kata Trump tanpa memberikan bukti penipuan tersebut kepada pengacara stesen televisyen Fox News, Maria Bartiromo.

Walaupun Presiden AS itu mempersoalkan tentang kesahihan sistem pilihan raya AS, beliau dan pasukan perundangannya masih belum memberikan sebarang bukti tentang berlakunya penipuan undi di mahkamah.

Kes demi kes berhubung dakwaan berlakunya penipuan undi telah ditolak oleh hakim-hakim di beberapa buah negeri.

Mahkamah Agung Pennsylvania pada Sabtu lalu menolak tuntutan undang-undang yang difailkan oleh para penyokong Trump yang mencabar kemenangan Biden dalam pilihan raya Presiden di negeri tersebut.

"Kami cuba untuk membuktikan tetapi hakim tidak membenarkan kami melakukannya. Kami sedang berusaha. Kita mempunyai banyak bukti," kata Trump.

Presiden AS itu juga mendakwa Jabatan Negara dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) tidak membantunya dalam dakwaan berlakunya penipuan undi itu.

Keputusan pilihan raya Presiden AS itu menunjukkan ia tidak terlalu sengit.

Menurut media, Biden memenangi 306 undi elektoral berbanding Trump yang memperoleh 232 undi elektoral.

Undi elektoral diperoleh berdasarkan kemenangan Biden dalam undi popular yang dimenangi olehnya di beberapa buah negeri AS.

Sebanyak 270 undi elektoral diperlukan untuk memenangi pilihan raya Presiden AS dan Biden juga dilaporkan memenangi 51 peratus undi popular berbanding Trump hanya 47 peratus sahaja.

Bagaimanapun, perwakilan daripada Kolej Elektoral dijangka bertemu pada 14 Disember depan untuk mengesahkan kemenangan Biden.

Biden yang juga bekas Naib Presiden AS dijangka mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden pada 20 Januari tahun depan. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!