Kerajaan perlu tambah baik tembok sempadan negara daif

Pasukan PGA dari Batalion 3, Briged Utara menemukan 22 guni putih berisi daun ketum yang disembunyikan di kawasan kebun getah di Felda Mata Ayer, Padang Besar, Perlis pada bulan lalu. (Gambar kecil: Asrul Nizan Abd Jalil)
Pasukan PGA dari Batalion 3, Briged Utara menemukan 22 guni putih berisi daun ketum yang disembunyikan di kawasan kebun getah di Felda Mata Ayer, Padang Besar, Perlis pada bulan lalu. (Gambar kecil: Asrul Nizan Abd Jalil)
A
A
A

KANGAR - Kerajaan perlu mengambil tindakan segera meningkatkan langkah pencegahan serta menambah baik tembok sempadan negara yang kini berada dalam keadaan daif.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Asrul Nizan Abd Jalil berkata, langkah itu perlu diambil bagi memastikan insiden tembakan di sempadan negara baru-baru ini tidak berulang.

Beliau berkata, kerajaan Persekutuan perlu memberi keutamaan kepada peruntukan bagi menaik taraf laluan keselamatan atau tembok sedia ada.

Menurutnya, sehingga kini tiada penambah baikan dilakukan terhadap fasiliti sedia ada di situ, malah difahamkan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan persekitaran sempadan Malaysia-Thailand juga tidak berfungsi.

“Perolehan baharu aset bagi mengawal sempadan negara amat diperlukan berbanding peralatan yang digunakan pihak keselamatan ketika ini. Usah sandarkan beban pengawasan kepada pihak keselamatan sahaja, sebaliknya kerajaan Pusat harus serius tangani isu ini kerana ia melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Laporan Sinar Harian pada 28 November lalu.
Laporan Sinar Harian pada 28 November lalu.

Asrul Nizan berkata, kes penyeludupan rentas sempadan bukan perkara baharu, malah penyeludup begitu mudah lolos melalui lorong tikus di sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Padang Besar.

Artikel Berkaitan:

“Tahun lalu kita digemparkan dengan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi rakaman CCTV mengenai penyeludupan rentas sempadan oleh sindiket di Padang Besar yang dipercayai berlaku pada tahun 2017 hingga Mei tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat sendiri jadi dalang

"Sindiket berkenaan dilihat dengan mudah dan berani memikul barang seludup sebelum menyerahkan kepada individu di luar sempadan negara melalui pagar sempadan berhampiran Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Padang Besar,” katanya.

Selain itu, katanya, terdapat keperluan memperkasakan penguatkuasaan agensi-agensi terlibat dalam menjaga sempadan negara.

"Antara yang dicadangkan ialah pihak yang menumpaskan kes penyeludupan diberi imbuhan atau insentif daripada kerajaan atas maklumat diberikan. Ini termasuk tindakan penguatkuasaan oleh agensi yang menggagalkan aktiviti terbabit,” katanya.

Menurutnya, penglibatan masyarakat tempatan juga tidak kurang penting dalam menangani kes-kes penyeludupan.