X

Kindly register in order to view this article
!

VAR 'rosakkan' bola sepak!

Grealish (kanan) cuba melepasi kawalan pertahanan West Ham pada perlawanan berkenaan.
A
A

PENGGUNAAN kamera pembantu pengadil (VAR) dalam menentukan sesuatu keputusan dalam perlawanan bola sepak dilihat telah banyak ‘merosakkan’ sukan berkenaan.

Pemain Aston Villa, Jack Grealish menegaskan penggunaan teknologi berkenaan sebenarnya dilihat lebih banyak menimbulkan keputusan yang kontroversi berbanding sebelum ini.

“Bagi saya, penggunaan VAR ini lebih banyak menimbulkan kontroversi berbanding sebelum ini. Ia (VAR), benar-benar ‘merosakkan’ bola sepak.

“Berdasarkan pengalaman, penggunaan VAR nyata sesuatu yang memalukan terutamanya menerusi beberapa keputusan yang terhasil daripadanya,” katanya.

Grealish berkata demikian bagi mengulas kekalahan 1-2 Aston Villa kepada West Ham di Stadium London, awal pagi semalam yang menimbulkan kontroversi apabila jaringan penyamaan Ollie Watkins pada masa kecederaan dinafikan apabila pemain berkenaan didakwa telah ofsaid terlebih dahulu.

Pada perlawanan berkenaan, pemain West Ham Angelo Ogbonna menjaringkan gol seawal minit ke-2 perlawanan sebelum Grealish menyamakan kedudukan pada minit ke-25.

West Ham kemudiannya menjaringkan gol kedua menerusi Jarrod Bowen pada minit ke-46 sebelum menyaksikan jaringan Watkins pada minit kecederaan dibatalkan hasil penggunaan teknologi VAR.

Kekalahan berkenaan menyaksikan Aston Villa kini berada pada kedudukan ke-10 carta Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 15 mata hasil lima kemenangan dan tewas empat kali daripada sembilan perlawanan manakala West Ham berada pada kedudukan kelima dengan 17 mata hasil lima kemenangan, seri dua kali dan tewas tiga kali daripada 10 perlawanan.

Sementara itu ketua jurulatih Aston Villa Dean Smith turut mempertikaikan keputusan berkenaan dan mendakwa mereka seharusnya diberikan sepakan penalti setelah Watkins dikasari dalam kotak penalti.

“Kita tidak diberikan sepakan penalti dan gol penyamaan kita juga dinafikan kerana Watkins dikatakan ofsaid berdasarkan kepada kedudukan lengannya.

“Tetapi lengannya itu dalam keadaan demikian kerana dia telah dikasari; oleh itu sama ada Watkins menjaringkan gol atau kita diberikan sepakan penalti. Ini yang saya tidak faham,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!