Bekas pemain bola sepak ceroboh bilik hotel dituduh esok

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang bekas pemain bola sepak negara yang ditahan selepas dipercayai menceroboh masuk ke dalam bilik sebuah hotel di sini, 24 Jun lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek berumur 41 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

"Suspek akan dituduh pada tarikh 10 Julai (esok), jam 9 pagi bertempat di mahkamah Majistret Petaling Jaya,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Pada 24 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan seorang bekas pemain bola sepak tempatan diberkas selepas dipercayai menceroboh masuk ke dalam bilik sebuah hotel.

Suspek diberkas setelah satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa kira-kira jam 6.10 petang yang mendakwa suspek iaitu individu dikenalinya menceroboh masuk ke biliknya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Bekas pemain bola sepak ditahan ceroboh bilik hotel