China kembali di depan 2-1 atasi Malaysia

Jun Hao
Jun Hao
A
A
A

SERBA tidak menjadi aksi yang dipamerkan pemain perseorangan negara, Leong Jun Hao untuk meletakkan China mendahului 2-1.

Dalam aksi separuh akhir Piala Thomas 2024 itu, Jun Hao yang berada di tangga ke-37 dunia bagai hilang punca apabila tewas straight set kepada Li Shi Feng 2-0 sebentar tadi.

Dalam aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone itu, Jun Hao tunduk pada set pertama 17-21.

Shi Feng yang menghuni tangga keenam dunia membuktikan statusnya apabila mengesahkan kemenangan 21-10.

Terdahulu Malaysia bangkit menyamakan kedudukan untuk mengikat mata 1-1.

Mata penyamaan diraih beregu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang memperagakan aksi dramatik untuk menundukkan Liang Wei Keng-Wang Chang 2-1.

Gandingan tuan rumah yang menghuni tangga nombor satu dunia terlebih dahulu di depan menerusi kemenangan 21-15 pada set pertama.

Bagaimanapun Aaron-Wooi Yik bangkit bertenaga untuk menang set kedua 21-12 untuk mengheret aksi ke permainan penentuan.

Artikel Berkaitan:

Momentum kemenangan kemudian diteruskan pada set kedua apabila gandingan negara yang menghuni tangga kelima dunia mengesahkan kemenangan 21-17.

Sebelum itu, pemain perseorangan profesional, Lee Zia Jia turun dengan aksi meyakinkan, namun gagal menafikan ketangkasan pemain nombor dua dunia, Shi Yu Qi apabila tewas 0-2.

Pemain nombor 10 dunia itu memberi tentangan sengit sebelum tewas 19-21 pada set pertama.

Zii Jia yang cuba bangkit pada set kedua bagai hilang arah apabila mudah ditumpaskan Yu Qi 21-5 dalam tempoh 39 minit.

Mengambil alih gelanggang selepas ini ialah pasangan, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei yang akan membuat perhitungan dengan Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!