X

Kindly register in order to view this article
!

Roziah Timbalan Naib Canselor baharu UiTM

Profesor Dr Roziah Mohd Janor
A
A

SHAH ALAM - Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengumumkan pelantikan Profesor Dr Roziah Mohd Janor, 57, sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Ketua Perhubungan Awam, Media dan Protokol Jabatan Komunikasi Korporat UiTM, Nora Noordin berkata, pelantikan Roziah itu menggantikan Profesor Dr Mohamad Kamal Harun, 60, yang telah menamatkan tugasnya semalam.

"Roziah merupakan pakar bidang matematik dan statistik di Fakulti Sains Komputer dan Matematik. Beliau telah berkhidmat di UiTM selama 30 tahun di pelbagai peringkat pengurusan, akademik dan penyelidikan serta kualiti.

"Sebagai Timbalan Naib Canselor baharu, Roziah diharap terus meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di UiTM sejajar dengan hasrat dan matlamat pelan strategik UiTM2025 untuk menjadi universiti terkemuka dunia," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Nora berkata, Roziah juga adalah penggerak penting dalam meningkatkan penarafan UiTM sejak lima tahun berturut-turut bermula apabila beliau menjadi Penolong Naib Canselor (Kualiti) pada 2015.

"Terbaru, ranking UiTM telah melonjak ke tangga 108 terbaik di Asia dari tangga 181 pada 2017, iaitu 17 peratus terbaik dalam kalangan 634 institusi pengajian tinggi di Asia," katanya.

Sementara itu, pihak UiTM turut mengucapkan terima kasih atas khidmat dan kepimpinan Mohamad Kamal sepanjang menyandang jawatan Timbalan Naib Canselor dari 16 September 2017 hingga semalam.

-Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!