X

Kindly register in order to view this article
!

UTHM tutup operasi Kampus Parit Raja, Pagoh untuk sanitasi mulai esok

UTHM akan menutup operasi Kampus Parit Raja dan Kampus Pagoh di Muar, selama lima hari mulai esok bagi melaksanakan proses sanitasi mencegah penularan Covid-19.
A
A

BATU PAHAT - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menutup operasi Kampus Parit Raja di sini dan Kampus Pagoh di Muar, selama lima hari mulai esok bagi melaksanakan proses sanitasi mencegah penularan Covid-19.

Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Dr Wahid Razzaly berkata, sepanjang penutupan sehingga 5 Disember itu, pihak universiti akan memfokuskan kepada proses sanitasi di kawasan yang terkesan di dalam kampus.

Beliau berkata, penutupan itu juga mengambil kira peningkatan penularan dalam komuniti yang berada di sekitar kampus yang menyebabkan beberapa kes mula dikesan masuk ke dalam kampus.

"Dalam usaha kita mengekang penularan wabak ini, kita seharusnya sedar kitalah merupakan 'frontliners' sebenar untuk melindungi diri kita, keluarga, sahabat dan rakan sekerja daripada ancaman wabak yang tidak mengenal mangsanya.

"Justeru, kerjasama semua pihak adalah amat penting untuk kita sama-sama berganding bahu, melaksanakan segala daya usaha yang termampu, untuk mengekang wabak ini bagi melindungi komuniti kecil yang kita kasihi ini," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Sukarelawan Covid-19 di bawah seliaan Kelab Staf UTHM yang akan mengetuai operasi sanitasi itu dengan pemantauan rapi oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

UTHM Parit Raja terletak di daerah Batu Pahat, yang kini berada dalam zon merah berikutan terdapat 123 kes aktif Covid-19 setakat semalam. Muar pula berada dalam zon hijau selepas mencatat tiga kes aktif wabak tersebut. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!