X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

Polis terima satu lagi laporan kes cabul babit pendakwah selebriti

NIK EZANEE
A
A

PETALING JAYA - Polis menerima satu lagi laporan berhubung kes cabul yang disyaki membabitkan seorang pendakwah selebriti di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita merupakan pelajar sebuah kolej pada jam 3.51 petang.

"Mangsa berusia 22 tahun itu mendakwa suspek telah mempelawa ke rumahnya di Damansara Perdana di sini pada jam 1 pagi, 17 Oktober lalu," katanya.

Nik Ezanee berkata, mangsa mendakwa suspek berusia 25 tahun itu mahu mengajarnya ilmu pemasaran perniagaan.

"Semasa di rumah suspek, mangsa telah dicabul dan dipaksa melakukan seks oral," katanya.

Beliau berkata, mangsa telah mengalami trauma dan kini mendapat rawatan di Pusat Perubatan Univerisiti Malaya (PPUM).

"Suspek masih ditahan di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam berkaitan kes rogol yang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Terdahulu, suspek ditahan reman lima hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes merogol seorang wanita pada September tahun lalu.

Suspek sebelum itu ditahan kira-kira jam 11 malam, Khamis selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes rogol pendakwah selebriti: Polis gesa mangsa lain tampil


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!