'Parti Komunis Perlu Diiktiraf' adalah fitnah

Poster fitnah
Poster fitnah
A
A
A

KUANTAN - Poster yang tersebar membabitkan gambar Timbalan Menteri Air Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dengan kenyataan 'Parti Komunis Perlu Diiktira' adalah fitnah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Raub berkata, teknologi sepatutnya digunakan untuk kebaikan dengan menyebarkan berita-berita yang baik.

"Ia boleh digunakan sebagai alat untuk melawan musuh tetapi tidak sepatutnya sampai ke tahap fitnah.

Tengku Zulpuri (depan, dua kanan) bersama sebahagian penyokong kalangan penduduk setempat menunjukkan poster fitnah yang tersebar di media sosial.
Tengku Zulpuri (depan, dua kanan) bersama sebahagian penyokong kalangan penduduk setempat menunjukkan poster fitnah yang tersebar di media sosial.

"Hujah perlu dilawan dengan hujah kerana fitnah ini lebih teruk dari senapang atau pisau. Ia menyebabkan maruah seseorang itu tercalar," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Terdahulu, Tengku Zulpuri turut mengadakan satu sidang media berkenaan poster tersebut di pejabatnya di Parlimen Raub, semalam.

Sidang media turut dihadiri penyokong beliau dari pelbagai kaum dan bangsa.

Artikel Berkaitan: