VSAT untuk Kampung Gusi, tiga menara telekomunikasi bakal dibina

Laporan Sinar Harian berkaitan insiden tiga pelajar jatuh ketika menyusuri jambatan gantung untuk mendapatkan rangkaian internet di Ranau, Sabah.
Laporan Sinar Harian berkaitan insiden tiga pelajar jatuh ketika menyusuri jambatan gantung untuk mendapatkan rangkaian internet di Ranau, Sabah.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan melaksanakan penyelesaian sementara dengan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada Kampung Gusi, Ranau, Sabah melalui teknologi ‘Very Small Aperture Terminal’ (VSAT).

SKMM dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, usaha itu telah mendapat sokongan daripada pihak Common Tower Technologies Sdn Bhd (CTT) sebuah anak syarikat milik penuh Warisan Harta Sabah Sdn Bhd, yang juga merupakan usaha tanggungjawab sosial korporat daripada pihak CTT.

Menurut kenyataan itu, SKMM amat bersimpati atas situasi yang menimpa tiga orang pelajar yang dilaporkan terjatuh, ketika menyusuri jambatan gantung untuk mendapatkan rangkaian internet bagi mengikuti kelas dalam talian di kampung tersebut baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga pelajar cedera jatuh jambatan ketika dapatkan internet

GLC gesa kerajaan Sabah peka masalah rangkaian internet

Kenyataan itu menyebut, Pengurus Besar CTT Law Chun Ming mengesahkan pemasangan VSAT tersebut akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada 15 Disember depan.

“Selain itu, tiga menara telekomunikasi akan dibina berhampiran Kampung Gusi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).

“Lokasi-lokasi tersebut telah dinyatakan di dalam dokumen tender yang dikeluarkan oleh SKMM pada 20 November lalu,” kata kenyataan itu lagi.

Artikel Berkaitan:

Kenyataan itu turut menasihatkan para pelajar untuk tidak membahayakan diri dalam usaha mencari capaian internet. - Bernama