X

Kindly register in order to view this article
!

Muhyiddin ada hasrat bubar Parlimen

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan mandat rakyat akan dikembalikan untuk memilih kerajaan menerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebaik sahaja pandemik Covid-19 yang sedang dihadapi negara berakhir.

Beliau berkata, jika tidak memikirkan keadaan kes Covid-19 yang membimbangkan ketika ini, beliau sendiri bercadang untuk mengambil langkah supaya Parlimen dibubarkan.

"Ada yang berpendapat Belanjawan 2021 perlu ditolak untuk membolehkan Pilihan Raya Umum diadakan. Tak perlulah buat begitu. Kalau tanya saya, mungkin semalam lagi saya menasihatkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya bubarkan Parlimen untuk membolehkan pilihan raya diadakan.

"Tetapi kita semua tahu masalahnya ialah Covid-19. Insya-ALLAH, jika diizinkan ALLAH apabila pandemik Covid-19 berakhir, kita adakanlah pilihan raya umum.

"Kita kembalikan mandat kepada rakyat, dan biarlah rakyat buat keputusan untuk memilih Kerajaan yang mereka mahu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2020 yang dilakukan secara maya dan dipancarkan secara langsung melalui Facebook parti itu hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu guna logo PN pada PRU15: Muhyiddin


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!