X

Kindly register in order to view this article
!

Bank masih untung walau beri moratorium: Najib

Hantaran Najib di Facebook
A
A

SHAH ALAM - Tiada bank mencatatkan kerugian sepanjang tempoh enam moratorium malah ada bank merekodkan keuntungan lebih tinggi sepanjang pemberian moratorium berlangsung selama enam bulan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sebuah hantaran di Facebook hari ini berkata, beliau maklum dengan pengumuman oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkenaan kerugian sebanyak RM6.04 bilion oleh sektor perbankan sepanjang tempoh moratorium itu.

Menurutnya, kebanyakan bank utama Malaysia telah mengumumkan keuntungan mereka bagi suku ketiga tahun 2020 iaitu dari Julai hingga September semalam.

Beliau berkata, tiada bank yang mengalami kerugian pada suku kedua (April hingga Jun) 2020.

Selain itu, katanya, ada juga beberapa bank yang umum keuntungan yang lebih tinggi berbanding tahun lepas sepanjang tempoh enam bulan moratorium pinjaman pukal dari April hingga September.

“Bank mana yang rugi?

“Sebab itu, kami harap bank-bank tidak merumitkan permohonan peminjam dan Menteri Kewangan PN (Perikatan Nasional) akan tunaikan janji pada UMNO dan BN pada hari Khamis untuk bank memberi kelulusan automatik kepada peminjam B40, M40, PKS (perusahaan kecil dan sederhana) yang memohon lanjutan moratorium,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan pada Julai lalu tentang sektor perbankan yang mengalami kerugian sebanyak RM6.4 bilion atau sebanyak RM1.06 bilion bagi setiap bulan tempoh moratorium sepanjang tempoh moratorium selama enam bulan dilaksanakan.

ARTIKEL BERKAITAN: 650,000 permohonan moratorium bersasar diterima

BN terus gesa kerajaan lanjutkan moratorium: Najib

KWSP, moratorium: BN cuba yang terbaik, terpulang kepada kerajaan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!