PRN Melaka: Wawasan enggan ulas status rundingan kerusi

Hamzah ditemui ketika program Melaka Coastal Run 2026 di Pantai Puteri pada Sabtu.
Hamzah ditemui ketika program Melaka Coastal Run 2026 di Pantai Puteri pada Sabtu.
A
A
A

MELAKA - Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin memilih untuk tidak mengulas mengenai status rundingan pembahagian kerusi dengan BN menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Pembangkang itu yang ditemui pada program Melaka Coastal Run 2026 di Pantai Puteri pada Sabtu, terus beredar apabila ditanya mengenai hala tuju Wawasan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan Rabu lalu.

“Awak banyak nak tanya politik ini pasal apa? Kami nak berjalan dulu,” katanya berseloroh sebelum menyertai peserta larian berkenaan.

Setakat ini, tiada mana-mana parti memuktamadkan rundingan pembahagian kerusi bagi menghadapi PRN Melaka.

Sebelum ini, terdapat jangkaan BN dan PN akan meneruskan kerjasama politik susulan perkembangan kerjasama positif antara kedua-dua gabungan itu bagi PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memaklumkan, pihaknya belum memulakan sebarang rundingan dengan mana-mana parti, termasuk PH dan PN.

BN sebelum ini menegaskan pendirian untuk mempertahankan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya pada PRN Melaka 2021.

Sementara itu, PH Melaka memaklumkan gabungan itu sedang mengadakan perbincangan untuk bergerak bersama parti yang mempunyai aspirasi sama menerusi kerangka PH Plus.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!