X

Kindly register in order to view this article
!

Malaysia, Singapura masih runding projek HSR

Gambar hiasan.
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Singapura masih lagi dalam proses rundingan terhadap beberapa cadangan yang dikemukakan oleh Malaysia bagi menambah baik Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur - Singapura (HSR).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan hari ini berkata, kedua-dua negara mempunyai tempoh sehingga 31 Disember 2020 bagi melakukan proses rundingan tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada beberapa berita yang diterbitkan baru-baru ini berhubung projek tersebut.

"Kerajaan akan membuat pengumuman selepas kata putus dicapai dan proses rundingan tersebut selesai," katanya.

Sebuah media tempatan baru-baru ini melaporkan bahawa Malaysia mungkin akan meneruskan projek kereta api laju itu tanpa kerjasama dengan kerajaan Singapura dengan laluan baharu projek tersebut akan berakhir di Johor Bahru.

Memetik sumber, laporan tersebut turut menyatakan bahawa kerajaan Malaysia telah memaklumkan perubahan tersebut kepada kerajaan Singapura. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Singapura harap dapat teruskan rundingan projek HSR, RTS

Malaysia, Singapura setuju sambung semula bincang projek kereta api laju


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!