Penganggur mengaku salah ugut bunuh ibu

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas tuduhan mengugut untuk membunuh ibu kandungnya, Ahad lalu.

G Surendran, 38, didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya berusia 63 tahun dengan niat untuk membunuh, di sebuah rumah di Bandar Baru Selayang, Gombak di sini pada jam 1 pagi, 22 November lalu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Majistret Nur Hafizah Rajuni menetapkan 11 Januari 2021 untuk menjatuhkan hukuman ke atas lelaki itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Intan Syakieraah Zakaria menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin, manakala peguam Mohd Faiz Fahmy Abdul Razak dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh, memohon jaminan rendah kerana anak guamnya tidak bekerja.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin.

Difahamkan ketika kejadian tertuduh dalam keadaan mabuk dan berlaku perselisihan faham antara tertuduh dengan ibunya. - Bernama

Artikel Berkaitan: