Kaji semula kriteria pendaftaran kilang haram

Izham (dua dari kiri) dan Loy Sian melawat ruang pameran selepas Taklimat Pelan Perancangan Penyelesaian Masalah Bekalan Air di Sungai Selangor & Sungai Semenyih yang berlangsung di Bangunan Annex.
Izham (dua dari kiri) dan Loy Sian melawat ruang pameran selepas Taklimat Pelan Perancangan Penyelesaian Masalah Bekalan Air di Sungai Selangor & Sungai Semenyih yang berlangsung di Bangunan Annex.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Alam Sekitar (JAS) disaran supaya dapat meneliti semula peruntukan peraturan melibatkan pendaftaran kilang-kilang haram di negeri ini.

Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim berkata, sehingga Disember tahun lalu lebih 15,000 kilang sekitar lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat masih belum berdaftar dengan JAS ekoran kriteria ditetapkan agensi itu.

Beliau berkata, pihaknya beranggapan peruntukan yang ditetapkan JAS berhubung pendaftaran kilang-kilang ini perlu dilihat semula berikutan mempunyai beberapa kelompongan yang boleh di atasi demi kebaikan semua.

“Setakat hujung tahun lalu, JAS hanya memproses 223 kilang yang mengeluarkan efluen melebihi 60,000 liter. Sisa yang kurang dari jumlah itu tidak boleh berdaftar dengan JAS.

“Sebenarnya, JAS menyedari memang ada kelompongan dalam peraturan bagi pendaftaran kilang-kilang ini dan ia perlu dilihat semula.

“Malah, kilang-kilang ini juga adalah berdasarkan kategori dan tidak semuanya menyebabkan pencemaran serta berisiko tinggi kepada sungai,” katanya sewaktu Taklimat Pelan Perancangan Penyelesaian Masalah Bekalan Air di Sungai Selangor & Sungai Semenyih yang berlangsung di Bangunan Annex.

Hadir sama pada sesi taklimat itu adalah Exco Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian.

Dalam pada itu, Izham berkata, kerajaan negeri turut menggariskan beberapa kaedah penyelesaian isu bekalan air di negeri ini antaranya melakukan rawatan awal di kolam rawatan air.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Izham berkata, pemantauan oleh Skuad Pantas di lembangan sungai utama akan diperkasa di samping membangunkan stesen telemetri kualiti air.

“Stesen telemetri ini bertujuan sebagai sistem amaran awal di hulu muka sauk berisiko,” katanya.