Hanya satu sungai masih melepasi paras amaran

Kediaman di Kampung Tadok, Hulu Terengganu mula dinaiki air susulan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.
Kediaman di Kampung Tadok, Hulu Terengganu mula dinaiki air susulan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Keadaan paras sungai di Terengganu menunjukkan trend penurunan dan hanya satu sungai yang masih melepasi paras bacaan normal.

Sehingga jam 10 pagi ini, Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu mencatatkan bacaan 12.41 meter, iaitu melepasi paras amaran 12 meter.

Selain itu, Sungai Nerus di Langkap, Setiu yang sebelum ini berada pada paras amaran dengan bacaan 20.01 meter kini menurun kepada paras normal kepada 19.45 meter.

Sementara itu, laluan FT 03-Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Sekolah Kebangsaan Bukit Guntung di Kuala Nerus ditutup untuk semua kenderaan berikutan jalan runtuh.

Pengguna boleh menggunakan laluan alternatif dengan melalui jalan Bypass Jeram/Manir.

Dua lagi laluan di Setiu iaitu Jalan Pengkalan Merbau/Pelong T136 dekat Kampung Seri Kenangan/Kampung Mak Bakas dan T168 Jalan Chalok/Gong Terap/Telaga Papan di Kampung Lubuk Panjang ditutup untuk semua kenderaan ringan.

Artikel Berkaitan: