Sindiket cop palsu: Tiga lagi ditahan

SPRM menahan tiga individu yang bertindak sebagai ejen atau orang tengah pemalsuan cop sempadan negara selepas mengambil keterangan mereka, semalam.
SPRM menahan tiga individu yang bertindak sebagai ejen atau orang tengah pemalsuan cop sempadan negara selepas mengambil keterangan mereka, semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu yang bertindak sebagai ejen atau orang tengah pemalsuan cop sempadan negara selepas mengambil keterangan mereka, semalam.

Menurut sumber, salah seorangnya yang ditahan itu merupakan orang yang dikehendaki SPRM sebelum ini.

"Kesemua individu berkenaan hadir ke pejabat SPRM di Putrajaya selepas memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes sindiket rasuah dalam urusan cop palsu di pintu masuk antarabangsa negara menerusi Ops Selat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, SPRM mendapati kesemua mereka dipercayai telah membayar lebih RM1 juta kepada pegawai Imigresen.

"Permohonan reman terhadap tiga individu berkenaan akan dilakukan pada hari ini.

"SPRM juga akan merampas aset yang dimiliki ejen terbabit," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai kanan, dua anggota Jabatan Imigresen ditahan

[VIDEO] Sindiket cop palsu: Seorang lagi ditahan, 3 kenderaan mewah disita

Sehingga kini SPRM sudah menahan 59 individu bagi melengkapkan siasatan berhubung kes sindiket rasuah dalam urusan cop palsu di pintu masuk antarabangsa negara menerusi Ops Selat.

SPRM juga setakat ini sudah merampas lebih RM800,000 wang tunai, 26 kereta mewah dan empat motosikal berkuasa tinggi telah dirampas. Nilai ini tidak termasuk rumah, tanah, barangan kemas dan sebagainya.

Artikel Berkaitan: