Kelantan catat enam kes Covid-19

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - Enam kes baharu dicatatkan melibatkan jangkitan pandemik koronavirus (Covid-19) di Kelantan hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Kesihatan Negeri melalui laman sosial facebook miliknya.

Sehingga jam 12 tenga hari tadi, enam kes tersebut melibatkan tiga daerah iaitu tiga kes di Kota Bharu, dua kes di Tanah Merah dan satu kes di Jeli.

Kes ke-289 dan 294 di Mukim Ulu Kusial Tanah Merah merupakan kontak rapat Kluster Mengketil manakala kes ke 290 di Mukim Batu Melintang, Jeli pula merupakan Saringan Berisiko Luar Negeri (Sabah) dan dikategorikan sebagai kes import B.

Untuk kes ke-291 di Mukim Kadok, Kota Bharu pula merupakan Saringan Berisiko Luar Negeri (Selangor) dan dikategorikan sebagai kes import B.

Sementara itu kes 292 di Mukim Kota, Kota Bharu dan kes ke 293 di Mukim Kubang Kerian pula merupakan merupakan Saringan Survelan Covid-19 (ILI).

Sehingga tenga hari tadi, empat kes sembuh dan discaj dilaporkan iaitu kes ke 204, 205, 211 dan 215 dan jumlah kes dalam rawatan ialah 85 termasuk dua kes dirawat di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

Dua zon jingga dicatatkan di negeri ini iaitu Machang dengan 34 kes tempatan dan Kota Bharu (32 kes tempatan) manakala zon kuning pula melibatkan tiga daerah iaitu Tanah Merah (16 kes tempatan), Pasir Mas (6 kes tempatan) dan Kuala Krai (1 kes tempatan).

Artikel Berkaitan:

Lima zon hijau yang direkod di negeri ini ialah Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Gua Musang dan Jeli manakala sembilan kes tamat tempoh 14 hari ialah kes ke-189, 190, 191, 192 dan 193 di Mukim Kubang Kerian, Kota Bharu dan kes ke-194, 195, 196 dan 197 di Mukim Kusial, Tanah Merah.

Lapan kes import B iaitu jangkitan dari luar Kelantan di catatkan iaitu Pasir Puteh satu kes, iaitu kontak rapat kluster Cergas, Negeri Sembilan.

Daerah Jeli pula tiga kes iaitu saringan berisiko dari Sabah, Tumpat dua kes saringan berisiko Sabah dan satu kes saringan berisiko dari Johor dan Kota Bharu satu kes iaitu saringan berisiko dari Selangor.

Secara keseluruhannya, 294 kes dicatatkan di negeri ini melibatkan 97 kes aktif dalam tempoh 14 hari dan 194 kes tamat tempoh 14 hari.