Geng Saga Merah dijel 8 tahun, 4 sebat

Ketiga-tiga mereka dikawal anggota penjara keluar dari bilik mahkamah selepas hukuman diputuskan.
Ketiga-tiga mereka dikawal anggota penjara keluar dari bilik mahkamah selepas hukuman diputuskan.
A
A
A

KOTA BHARU - Tiga anggota Geng Saga Merah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku salah mencuri motosikal seorang pengurus jualan sambil bersenjatakan besi.

Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman terhadap dua beradik berkenaan, Norashraf Mujahid Mamat Yasmi, 34, dan adiknya, Norshah Fifi,30, serta rakan mereka, Mohd Hakimi Mat Nor, 30, selepas kesemua mengaku salah.

Mereka didakwa secara bersama melakukan kecurian dengan bersenjatakan besi terhadap seorang pengurus jualan dengan melarikan motosikal jenis Honda C70 milik mangsa di sebuah rumah di Lorong Teng Ahmad, Jalan Atas Banggol, di sini, pada jam 9 pagi, 16 Jun tahun lalu.

Ketika kejadian, mangsa berada di rumah dan didatangi tiga tertuduh yang tidak dikenali meminta menghantar mereka ke Kota Bharu, namun mangsa enggan dan mereka cuba mengambil kereta jenis Toyota Camry milik mangsa tetapi tidak berjaya sebelum melarikan motosikal itu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Hajarul Falenna Abu Bakar.

Artikel Berkaitan: