Sultan Johor nasihat rakyat berhati-hati hadapi cuaca tidak menentu

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah menasihati rakyat di seluruh daerah negeri ini supaya sentiasa berhati-hati berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Johor, baginda bertitah beberapa kawasan dinaiki air berikutan hujan lebat pada masa sekarang hingga segelintir penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Baginda bertitah, kerajaan Johor, jabatan serta agensi kerajaan termasuk pasukan keselamatan juga perlu membuat persiapan sepenuhnya dalam menghadapi cuaca tidak menentu tersebut.

“Pada masa sama, pastikan mangsa-mangsa yang ditempatkan di PPS diberikan kemudahan secukupnya, di samping mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).

“Begitu juga, penduduk yang menetap berhampiran kawasan rendah perlu sentiasa berhati-hati serta sentiasa patuh pada nasihat pihak berkuasa,” titah Sultan Johor menerusi hantaran terbabit. - Bernama

Artikel Berkaitan: