Sindiket penipuan Forex didalangi 'Joe Kedah' tumpas

Zainuddin (kiri) menunjukkan antara barang yang dirampas susulan tumpasnya sindiket penipuan pelaburan forex yang didalangi 'Joe Kedah' pada sidang akhbar di Menara KPJ, Kuala Lumpur hari ini.
Zainuddin (kiri) menunjukkan antara barang yang dirampas susulan tumpasnya sindiket penipuan pelaburan forex yang didalangi 'Joe Kedah' pada sidang akhbar di Menara KPJ, Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sindiket penipuan pelaburan Forex yang didalangi 'Joe Kedah' hingga membabitkan kerugian hampir RM21 juta tumpas dalam serbuan polis, Khamis lalu.

Serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, JSJK Selangor dan JSJK Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, Cyberjaya, Shah Alam dan Kajang, Selangor itu berjaya memberkas 10 individu termasuk 'Joe Kedah'.

Difahamkan, Joe Kedah, 42, ditahan bersama kekasihnya warga Indonesia di sebuah kondominium di Shah Alam.

Antara barang yang dirampas susulan tumpasnya sindiket penipuan pelaburan forex yang didalangi 'Joe Kedah'.
Antara barang yang dirampas susulan tumpasnya sindiket penipuan pelaburan forex yang didalangi 'Joe Kedah'.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, tangkapan dibuat susulan 72 laporan polis berkaitan penipuan pelaburan Forex itu diterima apabila kesemua mangsa mendapati platform pelaburan itu tidak boleh diakses.

"Sindiket yang aktif sejak tahun lalu itu menjanjikan keuntungan lima hingga lapan peratus setiap bulan melalui satu platform menggunakan satu aplikasi.

“Siasatan mendapati sindiket terbabit telah mengaut keuntungan hampir RM21 juta," katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ, di sini hari ini.

Zainuddin berkata, serbuan ini telah bertindak merampas 10 buah kereta mewah jenis Porsche Macan, Ford Mustang, Audi, Range Rover Evoque, dua Toyota Vellfire dan empat buah BMW.

Artikel Berkaitan:

10 buah kenderaan mewah yang dirampas susulan tumpasnya sindiket penipuan pelaburan forex yang didalangi 'Joe Kedah'.
10 buah kenderaan mewah yang dirampas susulan tumpasnya sindiket penipuan pelaburan forex yang didalangi 'Joe Kedah'.

Katanya, turut dirampas 17 buah telefon bimbit, komputer riba (4), kad ATM, pelbagai dokumen syarikat serta wang tunai RM10,000.

“Kesemua suspek berusia 24 hingga 42 tahun itu direman lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambah Zainuddin, dalam usaha membanteras kegiatan pelaburan haram, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan tawaran, kenyataan dan janji palsu sindiket.

"Semak dan dapatkan maklumat lanjut daripada sumber rasmi seperti alert list Bank Negara Malaysia, Security Commission dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum melakukan pelaburan," katanya.