Bayi dalam kotak sihat

Gambar yang tular di mana keadaan bayi baharu lahir ditinggalkan di hadapan sebuah surau di Kamunting, hari ini.
Gambar yang tular di mana keadaan bayi baharu lahir ditinggalkan di hadapan sebuah surau di Kamunting, hari ini.
A
A
A

IPOH - Bayi baru dilahirkan yang ditemui ditinggalkan dalam kotak di hadapan Surau Nur Iman, Kampung Pinang Seberang, Kamunting semalam berada dalam keadaan sihat.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Perak, Superintendan Datin Seri Halimahton Ahmad berkata, pemeriksaan juga mendapati tiada sebarang kecederaan pada tubuh bayi terbabit.

"Bayi itu kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Taiping, siasatan masih dijalankan untuk mengesan ibu bapa mangsa," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi baharu lahir ditinggalkan depan surau

Semalam, Sinar Harian melaporkan, seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat itu ditemui sekitar jam 4.20 petang oleh seorang anggota polis lelaki yang membuat rondaan di kawasan sekitar.

Bayi terbabit dianggarkan berusia 36 ke 38 minggu ketika dilahirkan dan dipercayai berbangsa Melayu.

Artikel Berkaitan: