Bayi baharu lahir ditinggalkan depan surau

Gambar yang tular di mana keadaan bayi baharu lahir ditinggalkan di hadapan sebuah surau di Kamunting, hari ini.
Gambar yang tular di mana keadaan bayi baharu lahir ditinggalkan di hadapan sebuah surau di Kamunting, hari ini.
A
A
A

KAMUNTING - Seorang bayi lelaki baharu dilahirkan ditemui dalam sebuah kotak di hadapan Surau Nur Iman, Kampung Pinang Seberang, hari ini.

Bayi itu ditemui kira-kira jam 4.20 petang oleh seorang anggota polis ketika membuat rondaan di sekitar kawasan terbabit.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid berkata, bayi dianggarkan berusia 36 ke 38 minggu ketika dilahirkan itu masih hidup dan bertali pusat ketika ditemui.

"Maklumat awal memaklumkan, bayi berkenaan ditinggalkan dalam kotak di hadapan surau itu.

"Siasatan lanjut akan dibuat bagi mengenal pasti suspek terlibat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya.

Penemuan bayi berkenaan turut tular di media sosial.

Berdasarkan gambar yang dikongsi, bayi terbabit berada dalam kotak yang berlapik kain dan tubuhnya ditutup dengan selimut berwarna coklat.

Artikel Berkaitan: