69 penduduk Kampung Laut, Kampung Pasir terjejas banjir kilat

Seramai 18 keluarga dipindahkan ke PPS secara berperingkat sejak semalam, selepas rumah mereka dilanda banjir kilat. - Foto Bernama
Seramai 18 keluarga dipindahkan ke PPS secara berperingkat sejak semalam, selepas rumah mereka dilanda banjir kilat. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 69 penduduk melibatkan 18 keluarga dari Kampung Laut Batu 10, Skudai dan Kampung Pasir, Tampoi, di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) secara berperingkat sejak semalam, selepas rumah mereka dilanda banjir kilat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R Vidyananthan berkata, sehingga 8 pagi ini, kesemua 38 orang daripada sembilan keluarga di Kampung Laut Batu 10 itu ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 10, Skudai manakala 31 orang daripada sembilan keluarga berada di PPS SK Kampung Pasir.

"PPS SK Batu 10 Skudai dibuka mulai 6.18 petang semalam manakala PPS SK Kampung Pasir dibuka pada 8 malam tadi," katanya.

Menurut Vidyananthan, keseluruhan agensi termasuk Pejabat Daerah Johor Bahru, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sentiasa memantau keadaan banjir berkenaan dari semasa ke semasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: