X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Alif Satar disahkan positif Covid-19

Alif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif Covid-19 melalui laman Instagramnya.
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Penyanyi dan pengacara, Muhammad Alif Mohd Satar atau Alif Satar disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani proses kuarantin.

Menerusi Instagram, Alif memaklumkan keputusan ujian saringan yang terkini menunjukkan beliau dijangkiti virus tersebut.

“Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini adalah semestinya tahap keselamatan keluarga, isteri dan anak-anak serta rakan-rakan di set penggambaran dan kontak rapat yang telah berjumpa dengan Alif,” katanya hari ini.

Bagaimanapun, Alif berkata, beliau telah memberikan nama kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengesan individu atau kontak rapat yang berhubung dengannya sebelum ini.

Alif turut memohon maaf atas segala kesulitan itu dan beliau memohon doa semua agar diberi kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan ALLAH SWT.

“Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan,” katanya.

Sementara itu, pengurusnya, Adlina Abu Bakar memaklumkan penghibur popular itu kini menjalani rawatan dan proses kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka bermula semalam.

Jumaat lalu, Alif tampil mendendangkan lagu I Want You To Love Me pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!