Pasir Gudang bandar raya ketiga di Johor

Hasni (dua dari kiri) menyerahkan watikah pemasyhuran pengisytiharan MBPG kepada Datuk Bandar Pasir Gudang, Âsman Shah Abdul Rahman di Bàngunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ịni.
Hasni (dua dari kiri) menyerahkan watikah pemasyhuran pengisytiharan MBPG kepada Datuk Bandar Pasir Gudang, Âsman Shah Abdul Rahman di Bàngunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ịni.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Pasir Gudang yang dinaik taraf sebagai bandar raya pada hari ini merupakan bandar raya ketiga di negeri ini selepas Johor Bahru dan Iskandar Puteri.

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, kepesatan pembangunan Pasir Gudang sebagai sebuah bandar industri dengan dua pelabuhan bertaraf antarabangsa memenuhi syarat keperluan menjadi status sebuah bandar raya.

"Warkah pemasyhuran pengisytiharan disempurnakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada pagi tadi.

"Semoga dengan pemasyhuran ini, pembangunan Pasir Gudang dan lokaliti sekitarnya terus diperkasakan menerusi sistem penyampaian perkhidmatan bertaraf dunia," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani dan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Ayub Jamil.

Sebelum Pasir Gudang, Johor Bahru diisytiharkan sebagai bandar raya pada tahun 1994 dan Iskandar Puteri pula pada tahun 2017, sekali gus pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah itu menjadi Majlis Bandaraya Johor Bảhru (MBJB) serta Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

Hasni berkata, kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) berkeluasan 35,957 hektar menempatkan seramai 533,868 penduduk dalam Parlimen Pasir Gudang yang terbahagi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Plentong dan DUN Tiram.

Jelas beliau, komposisi penduduknya terdiri daripada kaum Melayu sebanyak 66 peratus, Cina dan India masing-masing 11 peratus serta lain-lain 12 peratus.

Artikel Berkaitan:

Hasni memberitahu, sehingga 31 Disember lalu, MBPG yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) berjaya mengutip cukai taksiran semasa RM103 juta iaitu 85.6 peratus daripada RM120 juta, manakala bagi kutipan tunggakan cukai taksiran pula RM18 juta (61.1 peratus) berjaya dikutip daripada jumlah tunggakan keseluruhan RM30 juta.

Menurutnya, jumlah keseluruhan hasil yang dikutip termasuk cukai, bukan cukai dan terimaan bukan hasil hingga Disember lalu berjumlah RM182.7 juta manakala hingga bulan lalu pula berjumlah RM160.3 juta.

"Jumlah pegangan harta adalah sebanyak 90,758 dengan anggaran hasil sebanyak RM127.2 juta setahun," katanya.