X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Fasiliti di hospital, pusat rawatan pesakit Covid-19 mencukupi

Hospital Tuanku Ja’afar antara tiga hospital yang menempatkan pesakit Covid-19 di Negeri Sembilan.
A
A

SEREMBAN - Fasiliti di hospital dan pusat rawatan bagi menampung pesakit koronavirus (Covid-19) di Negeri Sembilan masih mencukupi walaupun berlaku peningkatan mendadak kes itu di negeri ini.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, ketika ini Negeri Sembilan menempatkan pesakit Covid-19 di tiga hospital iaitu Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Hospital Rembau dan Hospital Tampin.

"Akademi Imigresen Malaysia (AIM) di Port Dickson yang memiliki kemudahan sebanyak 200 katil dijadikan sebagai pusat rawatan Covid-19 berisiko rendah.

"Setakat ini kemudahan kita masih mencukupi untuk merawat dan menempatkan pesakit Covid-19 dan jika berlaku sebaliknya, kita akan usahakan untuk menambah kemudahan lain," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, Negeri Sembilan merekodkan 121 kes baharu Covid-19 semalam menjadikan keseluruhan kes berjumlah 3,915 kes.

"Daripada jumlah tersebut, 3,035 kes telah sembuh dan discaj, 872 kes masih menerima rawatan di wad dan lapan kes kematian.

"Daripada jumlah itu juga, sebanyak 1,323 kes positif Covid-19 adalah daripada Kluster Cergas, 533 kes (Kluster Kaya), 264 kes (Kluster Lengkuk), 61 kes (Kluster Taman Bunga) dan 19 kes daripada Kluster Oad," katanya.

Katanya, terdapat 1,888 kes aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah (jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!