Sumbangan PPE hasil jualan nasi ayam

Mohd Chan Abdullah (kanan) ketika menyampaikan 500 pek Nasi Ayam kepada petugas kesihatan barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh semalam.
Mohd Chan Abdullah (kanan) ketika menyampaikan 500 pek Nasi Ayam kepada petugas kesihatan barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Muallaf Malaysia (YMM) dan Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan (PKMC) sumbang peralatan perlindungan diri (PPE) dan makanan kepada kepada petugas kesihatan barisan hadapan.

Pengerusi YMM, Datuk Mohd Chan Abdullah berkata, sumbangan tersebut berjaya direalisasikan hasil daripada kutipan derma melalui jualan nasi ayam di bawah program ‘Projek Prihatin Frontliners’.

Tambahnya, kutipan derma daripada program tersebut juga turut diberikan kepada beberapa pusat pendidikan dan pusat kebajikan anak-anak yang kurang bernasib baik di sekitar Lembah Klang.

“‘Projek Prihatin Frontliners’ merupakan inisiatif bersama PKMC dan YMM untuk membekalkan peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk petugas barisan hadapan ke negeri yang mengalami peningkatan dalam kes Covid-19 seperti Sabah dan Lembah Kelang.

“Setiap kutipan daripada pembelian pek Nasi Ayam RM13 disalurkan ke dana tabung untuk pembelian PPE dan kepada golongan kurang berkemampuan.

Setiap kutipan dari pembelian pek Nasi Ayam RM13 di bawah Program ‘Projek Prihatin Frontliners’ akan disalurkan ke dana tabung untuk pembelian PPE dan kepada golongan kurang berkemampuan.
Setiap kutipan dari pembelian pek Nasi Ayam RM13 di bawah Program ‘Projek Prihatin Frontliners’ akan disalurkan ke dana tabung untuk pembelian PPE dan kepada golongan kurang berkemampuan.

“Dalam minggu ini juga, melalui inisiatif ini, bantuan makanan telah disalurkan kepada Maahad Tahfiz Sheikh Mohd Nur dan Pertubuhan Anak Yatim serta Miskin Baitul Saidatina Khadijah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd Chan turut memaklumkan bahawa sebanyak 500 pek nasi ayam telah diserahkan kepada petugas kesihatan barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh semalam.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Projek Prihatin tersebut turut mendapat kerjasama daripada Orang Besar Daerah Gombak, Tan Sri Wan Mahmood Pa’Wan Teh.

Wan Mahmood ketika dihubungi Sinar Harian berkata, inisiatif tersebut merupakan antara usaha baik yang dilakukan masyarakat bagi membantu antara satu sama lain ketika negara berhadapan dengan krisis wabak koronavirus (Covid-19).