X

Kindly register in order to view this article
!

DBKL nafi dakwaan penjualan 42 plot tanah

DBKL menerusi satu kenyataan menafikan dakwaan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai berhubung dakwaan penjualan 42 plot tanah milik PBT itu.
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai berhubung dakwaan penjualan 42 plot tanah milik pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL dalam satu kenyataan hari ini berkata, berdasarkan semakan dilakukan terdapat sejumlah 42 plot tanah milik persendirian di Kuala Lumpur telah memohon proses perubahan menerusi Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL2020).

Menurut kenyataan itu, Akta Perancangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1982 (Akta 267) memberi peruntukan kepada pemilik tanah bagi merubah zon guna tanah, kepadatan penduduk dan nisbah plot PBRKL2020 yang diwartakan.

"Daripada 42 plot yang terlibat, tiga permohonan perubahan telah diwartakan, enam dalam proses pewartaan, manakala 33 plot masih dalam pertimbangan.

"Semua proses ini telah mengikut peruntukan yang termaktub dalam akta sedia ada," katanya.

Menurut kenyataan itu, jumlah 97 transaksi penjualan tanah DBKL secara keseluruhannya itu berlaku sebelum tahun 2020.

"Dan ia tidak melibatkan keputusan Menteri Wilayah Persekutuan sekarang," katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan mengenai dakwaan Kok Wai yang mengatakan sepanjang tempoh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memegang jawatan itu, banyak tanah milik DBKL telah dijual kepada pihak swasta untuk dimajukan melibatkan projek perumahan dan campuran komersial.

Terdahulu, Sinar Harian turut melaporkan mengenai amaran Annuar yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan itu susulan dakwaan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduh jual tanah, Annuar akan saman Tan Kok Wai


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!