Banjir kilat: Dua PPS dibuka di Perak

Hujan lebat berterusan menyebabkan air naik di beberapa kawasan di daerah Kinta. Foto: ihsan APM
Hujan lebat berterusan menyebabkan air naik di beberapa kawasan di daerah Kinta. Foto: ihsan APM
A
A
A

IPOH - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 37 mangsa banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Ipoh dan Batu Gajah hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan dua PPS berkenaan dibuka bagi menempatkan tujuh keluarga yang terjejas.

"PPS Dewan Orang Ramai Sri Kinta, Lahat dibuka kira-kira jam 2.30 pagi bagi menempatkan empat keluarga.

"Seramai 29 mangsa termasuk 17 kanak-kanak ditempatkan di dewan berkenaan selepas air naik hampir 0.3 meter," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dua PPS dibuka berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air. Foto: ihsan APM
Dua PPS dibuka berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air. Foto: ihsan APM

Menurutnya, PPS Dewan Sungai Terap, Batu Gajah pula dibuka pada jam 12.30 tengah hari.

"PPS berkenaan dibuka menempatkan lapan mangsa daripada tiga keluarga yang terjejas dari Kampung Tersusun Jalan Gopeng," katanya.

Semalam, hujan lebat yang berterusan menyebabkan beberapa kawasan di daerah Kinta dinaiki air termasuk di Chemor, Manjoi, Menglembu dan Falim.

Artikel Berkaitan: