X

Kindly register in order to view this article
!

JSJN Johor rampas RM28.77 juta dadah

Ayob Khan
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor merampas pelbagai jenis dadah seberat 2.61 tan dengan nilai RM28.77 juta dari 1 Januari hingga 17 November lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, turut disita harta yang terlibat dengan kegiatan dadah bernilai RM13.42 juta.

Beliau berkata, polis turut menahan 17,349 individu atas pelbagai kesalahan dadah dan daripada jumlah itu seramai 6,141 orang iaitu 35.39 peratus merupakan belia berusia 19 hingga 30 tahun.

"Seramai 5,541 membabitkan lelaki manakala 600 lagi ialah wanita.," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan Majlis Serah terima Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Johor (JPJKK) antara Senior Asisten Komisioner Razimi Ahmad, kepada Senior Asisten Komisioner Alzafny Ahmad.

Tambahnya, semalam pasukan dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis daerah Kulai menahan lima lelaki berusia 17 hingga 19 tahun di sekitar Taman Permainan Bandar Putra, Kulai pada jam 12.43 tengah malam.

Jelas beliau, tiga daripada mereka merupakan pelajar sekolah dan hasil pemeriksaan berjaya menjumpai dadah jenis ganja seberat 3.29 gram bernilai RM164.

Hasil saringan urin katanya, mendapati semua suspek positif dadah jenis Tetrahudrocannabinol (THC) manakala semakan rekod kesemua suspek tidak mempunyai rekod lampau.

"Susulan itu polis menahan seorang lelaki, 23 tahun yang merupakan pembekal dadah kepada pelajar terbabit," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!