Lelaki tikam bapa direman 7 hari

Mahkamah Mahjistret Jelebu mengeluarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap suspek untuk disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mahkamah Mahjistret Jelebu mengeluarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap suspek untuk disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
A
A
A

JELEBU - Lelaki yang membunuh bapanya dalam kejadian di Rumah Rakyat Simpang Pertang di sini semalam direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Perintah tahanan reman berkenaan dikeluarkan Majistret Rahimah Rahim di Mahkamah Majistret Jelebu hari ini.

Rahimah membenarkan perintah reman terhadap suspek bermula hari ini sehingga 25 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.

"Laporan bedah siasat mangsa akan dijalankan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban hari ini," katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan seorang anak menikam bapanya dengan sebilah pisau di rumah mereka sehingga maut selepas ditegur kerana leka bermain telefon bimbit.

Kejadian dipercayai berlaku selepas berlaku pertengkaran di antara suspek berusia 35 tahun dengan bapanya berusia 59 tahun yang sebelum itu turut memukul suspek dengan kerusi plastik.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tikam bapa tegur main telefon bimbit

Artikel Berkaitan: