154 keluarga terima sumbangan keperluan asas

Anggota APM ketika mengagihkan bantuan keperluan asas kepada keluarga di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Anggota APM ketika mengagihkan bantuan keperluan asas kepada keluarga di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 154 buah keluarga sekitar Kuala Lumpur dan Selangor menerima sumbangan keperluan asas daripada Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM).

Presidennya, Firdaus Wong Wai Hung berkata, bantuan tersebut diagihkan di tiga lokasi iaitu di Sri Sentosa, Jalan Klang Lama yang melibatkan 120 keluarga; Pangsapuri Court 1, di Puchong Utama (24 keluarga) dan di Pangsapuri Seri Utama Puchong Utama (10 keluarga).

"Kesemua agihan berkenaan diedarkan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)," katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

Firdaus yang juga seorang pendakwah menzahirkan rasa syukur atas sokongan dan sumbangan para sahabat dan dermawan kepada MRM untuk ummah demi Islam kerana ALLAH SWT.

“Semoga kita semua terus menjadi asbab kebaikan buat masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, sesiapa yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun 564810520353 (Maybank) atas nama Pertubuhan Mualaf Berbilang (MRM) Kuala Lumpur dan Selangor.

Artikel Berkaitan: