[VIDEO] Ahli tidak perlu bayar balik kemudahan pendahuluan i-Sinar: KWSP
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini menafikan maklumat yang tular menerusi media sosial bahawa 'ahli perlu membayar balik kemudahan pendahuluan i-Sinar daripada KWSP'.
Sebaliknya menurut KWSP, amaun yang didahulukan daripada Akaun 1 itu akan diganti semula dengan caruman ahli pada masa depan.
“Penggantian semula ini akan dilakukan dengan 100 peratus caruman baharu akan dimasukkan terlebih dahulu ke Akaun 1. Setelah jumlah amaun yang diakses daripada i-Sinar diganti semula sepenuhnya, kadar pembahagian caruman akan kembali seperti biasa iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus untuk Akaun 2.
“Amaun penggantian semula ini akan hanya diterima daripada caruman ahli pada masa depan dan bukannya secara bayaran tunai daripada ahli yang menggunakan kemudahan i-Sinar,” jelas KWSP dalam kenyataan di sini.
KWSP turut mengingatkan mereka yang berkenaan bahawa istilah yang tepat dalam konteks itu ialah 'penggantian semula'.
“Penggunaan ayat-ayat tidak betul seperti ‘pembayaran balik’, ‘bayar semula’, ‘bayar kemudian’ dan yang seumpama menyebabkan kekeliruan kepada ramai pihak,” demikian menurut kenyataan itu.
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Pencarum terjejas boleh keluar akaun satu KWSP hingga RM60,000
Semalam, KWSP mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar yang akan memberi manfaat kepada dua juta ahlinya yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau ketiadaan pendapatan melibatkan anggaran dana berjumlah RM14 bilion. - Bernama
Bekalan ubat dicatu, mangsa serangan Israel terpaksa tahan sakit
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat bertenang
GiatMara Bagan Datuk jadi MCI
Penduduk Gaza masih mengharapkan pertolongan sukarelawan antarabangsa
Kerajaan lihat keperluan rangka dasar, pinda perundangan mesra pelabur, AI - PM
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Ada penduduk sempat kutip beras
Pelajar maut rentas desa: Pihak guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman
Puluhan kampit beras, tepung, sardin dibuang di tapak pelupusan sampah