Hasbullah banyak jasa: MB Perak

Kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Perak hari ini.
Kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Perak hari ini.
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Parlimen Gerik, Allahyarham Datuk Hasbullah Osman yang meninggal dunia hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, berita pemergian Allahyarham sangat mengejutkan semua pihak.

Menurutnya, pemergian Allahyarham juga merupakan satu kehilangan besar buat negeri ini terutama bagi kawasan Parlimen Gerik.

"Sesungguhnya Allahyarham Datuk Hasbullah akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang sangat banyak berjasa kepada rakyat di kawasan Gerik sepanjang khidmat beliau sebagai ADUN Temenggor dan Ketua UMNO Bahagian, seterusnya sebagai Ahli Parlimen Gerik.

"Kita doakan semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan dikumpulkan bersama hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan sebaik-baik ganjaran syurga," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Faizal juga berharap agar ahli keluarga Allahyarham Hasbullah tabah menghadapi ujian yang berat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga Hasbullah

Artikel Berkaitan:

Hasbullah, 63, disahkan meninggal dunia jam 7 petang tadi. Beliau dilaporkan tidak sedarkan diri sebaik sahaja sampai ke kereta setelah mendapat rawatan di sebuah klinik selepas mengadu sakit perut. Difahamkan jenazahnya dibawa ke Hospital Raub.