X

Kindly register in order to view this article
!

MB Kedah sedih pelajar panjat pokok cari capaian internet

Muhammad Sanusi Md Nor
A
A

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengakui sedih dengan tindakan dua pelajar yang terpaksa memanjat pokok untuk memasang peranti telekomunikasi bagi mendapatkan capaian internet lebih baik di Baling seperti dilaporkan media semalam.

Tindakan pelajar tersebut adalah untuk mendapatkan capaian internet bagi memastikan mereka tidak ketinggalan sesi pembelajaran secara dalam talian.

Muhammad Sanusi berkata, beliau berharap Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan mempertimbangkan segera permohonan pihaknya untuk membina 200 menara telekomunikasi di seluruh Kedah agar kisah seumpama itu tidak berulang lagi.

Menurutnya, capaian internet yang baik merupakan satu keperluan pada masa sekarang dan perkara itu memberikan kesan besar kepada mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

"Selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan negeri Mei lalu, saya terus menulis surat kepada SKMM untuk memohon agar menara telekomunikasi dapat dibina di kawasan luar bandar di Kedah, ia bukan lagi kehendak tapi merupakan keperluan pada masa sekarang.

"Kita minta SKMM susun perkara ini walaupun syarikat telekomunikasi ini selalu memberi tumpuan membina menara di kawasan penduduk yang padat atau kawasan bandar kerana memberi keuntungan kepada mereka," katanya pada sidang akhbar selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman hari ini.

Muhammad Sanusi berkata, beliau difahamkan bahawa SKMM mempunyai dana membina menara terbabit dan Kedah perlu diberikan perhatian kerana merupakan kawasan luar bandar.

"Kedah diistilahkan berada di luar bandar jadi memang patut dibantu, jika ada menara yang mestilah ada orang guna, sekarang hendak masuk hutan pun perlu ada internet untuk tentukan arah dan kiblat," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!