UMNO, Warisan dan Pejuang bakal bergabung?

Tangkap layar Facebook Najib hari ini.
Tangkap layar Facebook Najib hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak kemungkinan UMNO akan bergabung dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Bekas Perdana Menteri itu dalam nada berseloroh berkata, disebabkan itu beliau tidak ingin mengkritik lebih-lebih terhadap Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana mungkin mereka akan bergabung bersama tidak lama lagi.

“Tapi saya pun tak nak terlebih kritik Shafie sebab terbaca berita pagi ini bahawa kononnya ada kemungkinan kita (UMNO) akan bersama dia (Shafie) dan Atok (Tun Dr Mahathir Mohamad) dalam gabungan politik yang sama,” katanya di laman Facebooknya hari ini.

Hari ini, bekas Ketua Menteri Sabah itu mempertahankan keputusannya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah selepas kerajaan Warisan pimpinannya diganggu-gugat pihak tertentu.

Malah Shafie menegaskan bahawa beliau rela mati dalam gelanggang politik daripada menyerahkan kerajaan dan disebabkan itu beliau membiarkan rakyat menentukannya menerusi PRN.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya rela mati dalam gelanggang politik daripada serah kerajaan'

Shafie berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mohamad Alamin (BN-Kimanis), apakah beliau kesal kerana mencadangkan pembubaran DUN bagi mengadakan PRN Sabah sehingga membawa kepada peningkatan kes wabak koronavirus (Covid-19) di negeri itu.

Dalam hal itu, Najib membidas kenyataan Shafie yang langsung tidak menyesal mengadakan PRN Sabah daripada mengembalikan kuasa sebagaimana beliau lakukan terhadap kerajaan Sabah terdahulu.

Artikel Berkaitan:

"Shafie langsung tak menyesal mengadakan PRN Sabah daripada mengembalikan kuasa sebagaimana dia rampas kuasa walaupun ia telah menyumbang kepada tercetusnya gelombang ketiga Covid-19 di seluruh Sabah dan Malaysia.

"Dia tetap sanggup mati. Dia kata biarkan dia mati dalam gelanggang politik walaupun akhirnya parti dia kalah juga dan ramai yang mati akibat Covid-19," kata Najib.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa hari ini membayangkan hasrat membentuk kerjasama penyatuan ummah dalam skala lebih besar merangkumi parti-parti bebas yang berpendirian menolak Pakatan Harapan (PH).

Annuar memaklumkan 'grand coalition' itu mungkin termasuk beberapa parti bebas termasuklah Warisan dan Pejuang.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia perlukan suatu 'grand coalition': Annuar

Shafie langsung tak menyesal mengadakan PRN Sabah daripada mengembali kembali kuasa sebagaimana dia rampas kuasa...

Posted by Najib Razak on Sunday, November 15, 2020